Ancaman Penyakit Diabetes ataupun Kencing Manis

Ancaman Penyakit Diabetes ataupun Kencing Manis . Menurut statistik 2013, 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah pesakit diabetes iaitu seramai 3.6 million rakyat Malaysia. Justeru itu meletakkan negara Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Trend penyakit diabetes dijangka akan semakin menaik menuju ke arah tahun 2020. Lebih membimbangkan apabila 52% daripada rakyat Malaysia tidak mengetahui yang mereka mengalami gejala diabetes.

 

Ancaman Penyakit Diabetes ataupun Kencing Manis

Ancaman Penyakit Diabetes ataupun Kencing Manis

 

Diabetes ataupun kencing manis terjadi apabila kandungan gula (glucose) di dalam darah melebihi paras normal. Seperti yang kita semua tahu, badan kita memerlukan gula sebagai sumber tenaga. Namun apabila gula dalam darah menjadi berlebihan akan mendatangkan masalah kesihatan yang lain.

 

 

Jenis-jenis Diabetes

 

Diabetes Jenis 1 dan 2 berbanding Individu yang Sihat

Diabetes Jenis 1 dan 2 berbanding Individu yang Sihat

 

 

Diabetes jenis 1
– Di mana pankreas tidak mampu menghasilkan insulin dan biasanya rawatan untuk diabetes jenis 1 adalah suntikan insulin

 

 

Diabetes jenis 2
– Apabila sel-sel badan tidak dapat mengenalpasti insulin ataupun menolak insulin yang dihasilkan oleh pankreas. Ia dikenali sebagai rintangan insulin (insulin resistance). Akibatnya gula dalam darah menjadi semakin banyak.

 

 

Diabetes gestational
– Diabetes semasa mengandung
DI antara ketiga-tiga jenis diabetes, diabetes jenis 2 adalah paling biasa dan kerap berlaku dan juga paling membimbangkan.

 

 

Ancaman Penyakit Diabetes ataupun Kencing Manis

 

 

Risiko mendapat diabetes

 

Genetik– Apabila terdapat sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit diabetes, seseorang itu adalah berisiko untuk mendapat penyakit diabetes

Gaya hidup yang tidak sihat– Tidak menjaga pemakanan, kurang minum air, tidak bersenam menyebabkan kegemukan dan tabiat merokok

 

 

Tanda-tanda awal Diabetes

  • Berat badan menurun secara drastik
  • Selalu berasa penat
  • Mata menjadi kabur
  • Rasa dahaga walaupun minum banyak air
  • Kerap ke tandas

 

Gejala Diabetes

Gejala Diabetes

 

 

Apabila mengalami tanda-tanda awal yang disebut di atas, buatlah pemeriksaan darah untuk mengetahui tahap gula di dalam darah.

 

 

Komplikasi Diabetes

 

Diabetes boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Punca utama kegagalan buah pinggang di Malaysia yang memerlukan dialisis adalah disebabkan oleh penyakit diabetes. Selain itu boleh menyebabkan masalah sakit jantung, strok, saraf dan penglihatan.

 

 

Rawatan dan Pencegahan

 

Ubat yang diprekripsi doktor

Biasanya ubat yang diberikan oleh doktor tidak membantu mengurangkan rintangan insulin, ia berfungsi untuk membantu menarik gula ke dalam sel dan kemudiannya memproses gula kepada tenaga.

 
Mengamalkan gaya hidup yang sihat

Menjaga pemakanan dengan mengamalkan diet yang seimbang, kurangkan makanan yang diproses dan kurangkan pengambilan gula dan makanan yang mengandungi kabohidrat kompleks, lebihkan pengambilan sayuran dan serat. Kekalkan hidrasi dengan pengambilan air kosong dan bersenam dengan kerap. Berhenti merokok kerana merokok boleh menyebabkan masalah jantung. Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat boleh mengawal paras gula di dalam darah.

 
Mengamalkan suplemen

Dengan mengamalkan suplemen dapat melengkapkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita.

 

Mengawal DIabetes dengan Set Diabetes Shaklee

 

 

Pada kesimpulannya, sekiranya pesakit diabetes komited dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan serius, adalah tidak mustahil untuk sembuh daripada cengkaman penyakit diabetes.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *