Apabila Terkena Penyakit Kulit Nummular Eczema

Apabila Terkena Penyakit Kulit Nummular Eczema. Ekzema Nummular (Nummular Eczema) ataupun dikenali sebagai Discoid Eczema dan Nummular Dermatitis adalah sejenis ekzema yang boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Ia nampak bebeza daripada jenis ekzema biasa dan sukar untuk dirawat.

 

Apabila Terkena Penyakit Kulit Nummular Eczema

Apabila Terkena Penyakit Kulit Nummular Eczema

 

 

Ia merupakan penyakit kronik yang akan kembali pada tempat terjejas yang sama. Tanpa rawatan,  ekzema Nummular akan berpanjang untuk beberapa minggu, bulan ataupun tahun.

 

Ketahui Jenis Eczema untuk Dapatkan Rawatan yang Bersesuaian

 

Ekzema Nummular berbentuk seakan syiling iaitu bentuk bulat. Simptom awal Ekzema Nummular adalah bintik-bintik merah yang dengan cepatnya menjadi bintik besar yang saiznya boleh daripada beberapa miilimeter ke beberapa sentimeter besarnya. Kawasan yang terjejas akan menjadi sangat gatal terutamanya pada waktu malam.

 

 

Berbentuk seakan Syiling

Berbentuk seakan Syiling

 

 

Apabila Terkena Penyakit Kulit Nummular Eczema

 

Apabila kawasan ekzema Nummular ini dijangkiti bakteria (biasanya bakteria Staphylococcus), simptom jangkitan adalah:

 

  • Mengeluarkan cecair
  • Membentuk kerak berwarna kuning darpada cecair tadi
  • Kulit di sekitarnya menjadi merah, bengkak dan sakit
  • Rasa demam, tidak selesa dan sejuk

 

 

Kerak Berwarna Kuning

Kerak Berwarna Kuning

 

Penyebab Ekzema Nummular tidak diketahui namun ia bukanlah satu penyakit genetik. Ia mungkin tercetus akibat gigitan serangga, keadaan persekitaran yang kering dan kulit yang kering. Apabila kulit menjadi kering, ia tidak dapat melindungi kulit daripada bahan-bahan kimia yang terdapat pada kosmetik, bahan pencuci dan sabun.

 

Beberapa pendapat daripada pesakit ekzema mengatakan bahawa ia disebabkan oleh pemakanan walaupun doktor tidak setuju dengan pendapat tersebut. Namun untuk kepastian bolehlah mengelakkan makanan yang boleh membuat kita alergik. Pada masa yang sama juga boleh mengelakkan daripada mengunakan bahan pencuci ataupun sabun yang mengandungi bahan kimia dan pewangi.

 

Rawatan

Mereka yang mempunyai Ekzema Nummular ini dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan doktor ataupun pakar kulit. Biasanya doktor akan memberikan ubat anti-histamin untuk menghentikan gatal, ubat antibiotik untuk jangkitan bakteria, krim antibiotik ataupun Corticosteroid untuk melegakan kawasan terjejas dan elakkan menjadi semakin teruk dan juga pencuci tanpa sabun (soap-free) untuk menggantikan sabun mandi.

 
Ubatan lain juga akan diberikan berdasarkan keterukan kawasan yang terjejas. Doktor juga mungkin akan meminta untuk menjalankan culture swab untuk mengenalpasti jangkitan bakteria. Kadang-kadang apabila ubatan antibiotik oral tidak dapat membantu dalam rawatan, suntikan antibiotik juga mungkin dicadangkan oleh doktor mengikut keadaan.

 

 

Tips penjagaan Ekzema Nummular

 

  • Tidak digalakkan untuk mengelap cecair yang keluar daripada ekzema untuk mengelakkan jangkitan bakteria, namun sekiranya hendak mengelapnya, pastikan kain yang digunakan adalah daripada jenis kapas dan bersih. Jangan sesekali menggunakan tisu.
  • Tidak digalakkan untuk membalut bahagian yang terjejas. Pakai pakaian yang longgar dan daripada jenis kapas.
  • Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
  • Pastikan diri tidak menjadi stress dan murung kerana ia akan menjadikan keadaan menjadi teruk.

 

Sumber: Discoid Eczema

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *