Bell’s Palsy: Ketahui Simptom dan Rawatannya dan Bagaimana Shaklee Vivix Boleh Membantu

Bell’s Palsy: Ketahui Simptom dan Rawatannya. Pagi ini saya mendapat mesej melalui whatsapp bertanya mengenai Shaklee Vivix untuk Bell’s Palsy. Menurut encik tersebut, dia telah mengalami Bell’s Palsy sejak tahun 2013 dan masih belum ada perubahan setelah menjalankan rawatan. Bell’s Palsy juga menyebabkannya menitis air mata apabila makan. Oleh itu, dalam entri kali ini, saya akan mengupas sikit berkenaan penyakit ini serta bagaimana dengan mengamalkan Shaklee Vivix boleh membantu mereka yang mengalaminya.

 

Bell’s Palsy (Sumber daripada Google)

 

Apa itu Bell’s Palsy?

Bell’s Palsy adalah keadaan di mana otot-otot pada muka mengalami kelumpuhan ataupun lemah dan menyebabkan sebelah muka tidak dapat bergerak ataupun jatuh. Ramai yang mempunyai Bell’s Palsy menyangka bahawa mereka mengalami strok, namun ia adalah berbeza dangan strok dan dalam kebanyakan kes pemulihan berlaku sepenuhnya.

 

Siapakah yang akan mengalami Bell’s Palsy?

Semua orang tidak kira lelaki ataupun perempuan berpotensi untuk mendapat Bell’s Palsy di mana pada kebiasaannya dalam lingkungan umur 15 ke 60, terutamanya mereka yang mempunyai kencing manis dan ibu mengandung. Dalam 60 orang, 1 orang mungkin akan mengalami Bell’s Palsy dalam hidupnya.

 

Apakah yang menyebabkan Bell’s Palsy?

Bell’s Palsy terjadi apabila saraf yang mengawal otot muka bengkak ataupun mengalami keradangan. Apabila saraf bengkak ia akan berhenti berfungsi sehingga bengkak pulih. Apa yang menyebabkan bengkak pada saraf masih tidak diketahui tetapi ia mungkin adalah disebabkan oleh jangkitan herpes simplex virus (cold sore) ataupun varicella-zoster virus (cacar air).

 

Apakah simptom Bell’s Palsy?

Lemah pada muka, biasanya pada sebelah muka sahaja

Mereka yang mengalaminya mungkin akan perasan perubahan pada mukanya apabila bangun daripada tidur, dan ia akan menjadi semakin teruk dalam masa beberapa hari. Kesannya adalah:

Sebelah muka jatuh dan tidak dapat bergerak
Mengalami masalah mengunyah makanan, air liur ataupun air minuman mungkin akan mengalir daripada mulut
Ada yang tidak dapat pejam mata dan menyebabkan air mata menitis
Tidak dapat mengerut dahi dan bersiul
Mungkin mengganggu percakapan

Kebanyakan yang mengalaminya tidak berasa sakit

Bunyi yang kuat akan menyebabkan ketidakselesaan

Mungkin akan kehilangan deria rasa

 

Adakah Bell’s Palsy memberi kesan kepada otak dan bahagian tubuh yang lain?

Hanya saraf pada muka dan otot muka sahaja yang akan terganggu. Sekiranya anda mengalami simptom lain seperti lemah dan kebas pada tubuh badan, sila bincang dengan doktor anda.

 

Bolehkah Bell’s Palsy dirawat?

Bagi sesetengah pesakit, terdapat kemungkinan untuk sembuh tanpa sebarang rawatan. Namun, pengambilan ubat adalah disarankan untuk meninggikan lagi peluang untuk pulih sepenuhnya.

Pil Steroid

Menurut patient.info adalah disarankan untuk mengambil pil steroid dalam tempoh 72 jam dengan preskripsi doktor setelah simptom Bell’s Palsy timbul. Pengambilan pil steroid selepas tempoh tersebut mungkin akan kurang berkesan.
Ubat Antivirus

Untuk melawan virus cold sore dan cacar air daripada merebak tetapi melalui preskripsi doktor.
Ubat mata

Sekiranya Bell’s Palsy menyebabkan mata tidak boleh dipejam, penjagaan mata adalah penting untuk mengelakkan mata dan saluran air mata rosak. Pastikan mata tidak menjadi kering.
Sekiranya lemah pada muka tidak sembuh, alternatif lain adalah seperti fisioterapi, suntikan Botox dan pembedahan.

 

Adakah Bell’s Palsy akan timbul semula setelah sembuh?

Dalam kebanyakan kes, penyakit Bell’s Palsy tidak akan menyerang lagi setelah pulih. Namun dalam 14 orang yang mengalaminya, 1 daripadanya akan mengalami penyakit tersebut semula, mungkin setelah beberapa tahun.

 

Mengamalkan Shaklee Vivix untuk Bell’s Palsy

Seperti yang diketahui, Shaklee Vivix dapat mengurangkan keradangan, membantu dalam memulihkan sel-sel yang rosak, memberikan tenaga kepada sel, melindunginya dan meningkatkan prestasi sel. Oleh itu dengan mengamalkan Shaklee Vivix secara konsisten dapat mempercepatkan pemulihan masalah Bell’s Palsy. Ini terbukti dengan testimoni-testimoni di bawah:

 

 

 

Perlukan konsultasi ataupun nak mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee, sila hubungi saya ataupun klik butang di bawah untuk pembelian terus atas talian.

 

 

Claire Chin (ID 1229721)

Whatsapp/Cal/: 0178200204

FB Page: @MyShakleeJourney

FB: Claire Chin

Pengedar Shaklee Bintulu (COD), Sarawak, Sabah dan seluruh Malaysia (Pos Laju)

You may also like...

1 Response

  1. Aduh guna pill steroid pula rawat bell’s palsy.baru tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *