Fibroid dan simptom fibroid serta cara untuk mengecutkannya

Entri ini adalah berkenaan dengan fibroid dan simptom fibroid serta cara untuk mengecutkannya. Fibroid adalah ketumbuhan dalam sistem pembiakan wanita, iaitu pada otot uterus. Adalah dianggarkan 20% hingga 50% daripada wanita mengalami masalah fibroid dalam tempoh reproduktif walaupun tidak semuanya didiagnos. 99% daripada kes fibroid adalah ketumbuhan jenis benign iaitu bukan kanser. Fibroid juga dikenali sebagai uterine fibroids, Leiomyomas ataupun Myomas. Saiz fibroid boleh berbeza dari saiz sebiji kacang sehingga ke saiz tembikai.

 

Gambarajah fibroid (sumber daripada google)

Penyebab Fibroid

Penyebab fibroid masih tidak diketahui namun banyak teori mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh genetik dan hormon estrogen dan progesteron. Juga dipercayai fibroid disebabkan radikal bebas yang berlebihan di dalam badan.

 

Simptom dan Komplikasi Fibroid

  • Menorrhagia
    Pendarahan yang banyak semasa haid di mana boleh menyebabkan anemia dan stress.
  • Bayi pramatang, masalah bersalin dan keguguran
    Disebabkan hormon estrogen adalah tinggi semasa mengandung dan hormon estrogen yang tinggi pula menggalak pertumbuhan fibroid, sesetengah wanita mungkin mengalami kelahiran bayi pramatang ataupun mengalami keguguran.
  • Sakit di bahagian abdomen
    Apabila saiz fibroid makin besar, ia boleh menyebabkan sakit di bawah abdomen, pada masa yang sama menekan pundi kencing menyebabkan sering buang air kecil dan mungkin mengalami sembelit.
  • Sukar mendapat anak
    Fibroid menyebabkan peluang untuk janin melekat pada uterus menjadi rendah, fibroid yang tumbuh di luar uterus boleh menyebabkan bentuk uterus berubah.
  • Leiomyosarcoma
    Ini adalah gejala yang sangat jarang berlaku. Ia adalah sejenis kanser yang berkembang di dalam fibroid.

Lain-lain simptom adalah seperti di bawah:

1. Sakit belakang
2. Sakit semasa berhubungan seks
3. Sakit kaki

 

Cara Mengesan fibroid

Dalam kebanyakan kes, simptom fibroid jarang dapat dirasai dan pesakit tidak tahu yang mereka mengalami masalah fibroid sehingga dikesan semasa pemeriksaan doktor. Fibroid dapat dikesan melalui kaedah berikut:

  • Ultrasound – Mampu mengesan fibroid dan lain-lain masalah sama ada melalui abdomen ataupun prob dimasukkan melalui vagina untuk mendapatkan gambaran uterus secara visual.
  • MRI – Cara terbaik untuk mengesan fibroid dan saiznya dengan lebih tepat, namun kos untuk MRI agak mahal.
  • Hysteroscopy – Pemeriksaan dengan cara memasukkan teleskop kecil ke dalam uterus. Semasa prosedur ini, biopsi boleh diambil ke atas selaput uterus jika perlu.
  • Laparoscopy – Pemeriksaan secara memasukkan tiub kecil yang fleksibel ke lapisan luar uterus, Semasa prosedur ini, biopsi boleh diambil dari lapisan luar uterus, prosedur ini merupakan satu pembedahan kecil.

 

Cara merawat fibroid

Sekiranya wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak terjejas aktiviti hariannya, dia mungkin tidak perlukan apa-apa rawatan kerana fibroid akan mengecut apabila wanita tersebut mengalami menopaus. Jika sebaliknya maka rawatan seperti suntikan, pil ataupun pembedahan adalah diperlukan. Pada masa yang sama, juga boleh mengambil Shaklee Vivix untuk membantu dalam mengecutkan fibroid.

 

Bagaimana Shaklee Vivix boleh membantu dalam masalah fibroid?

Shaklee Vivix yang berantioksidan tinggi terbukti dapat memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Oleh itu, Shaklee Vivix sangat berkesan dalam mengecutkan fibroid. Berikut adalah testimoni fibroid mengecut dengan mengamalkan Shaklee Vivix.

 

 

 

Berminat dengan Shaklee Vivix dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk ini dan juga produk Shaklee yang lain? Hubungi saya melalui talian seperti di bawah ataupun klik butang di bawah untuk pembelian terus atas talian.

Claire Chin (ID 1229721)

Whatsapp/Call: 0178200204

FB Page: @MyShakleeJourney

FB: Claire Chin

Pengedar Shaklee Bintulu (COD), Sarawak, Sabah dan seluruh Malaysia

You may also like...

2 Responses

  1. Tq clarie good info oh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *