Gout, Penyakit Yang Tidak Wajar Dipandang Remeh

Gout, Penyakit Yang Tidak Wajar Dipandang Remeh. Gout adalah sejenis penyakit arthritis di mana berlaku keradangan di bahagian sendi. Gout berlaku disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam badan dan menyebabkan pembentukan kristal di bahagian sendi. Ia akan menyebabkan pesakit Gout berasa amat sakit dan bahagian sendi menjadi bengkak, merah dan panas. Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, bahagian sendi yang terlibat akan rosak. Sendi yang biasanya terlibat adalah sendi pada ibu jari kaki, sendi jari, sendi lutut dan siku.

 

Gout, Penyakit Yang Tidak Wajar Dipandang Remeh

Gout, Penyakit Yang Tidak Wajar Dipandang Remeh (Gambar sumber daripada Google)

 

Benjolan-benjolan akan kelihatan pada bawah kulit pesakit Gout. Benjolan tersebut dikenali sebagai tophi. Ia adalah disebabkan oleh pengumpulan kristal pada bahagian sendi. Selain daripada faktor genetik, Gout juga boleh disebabkan oleh faktor kegemukan, tekanan, masalah buah pinggang, kesan ubat deuratik, tekanan darah tinggi dan lain-lain.

 

Pengumpulan Kristal pada Sendi

Pengumpulan Kristal pada Sendi

 

Selain itu, serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan, makanan yang tinggi kandungan purine (sejenis asid amino), kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

 

 

Gout, Penyakit Yang Tidak Wajar Dipandang Remeh

 

Selain itu, bagi mengurangkan serangan Gout, adalah penting untuk mengamalkan seperti di bawah:

 

1) Kekalkan hidrasi

Minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari untuk menyingkirkan asid urik dan mengelakkan berlakunya batu karang.

 

 

2) Elak minuman keras

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi. Protein daripada yis di dalam bir akan menjadi asid urik.

 
4) Makan secara sihat

Pesakit yang menghidapi Gout disarankan untuk mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi.Contohnya seperti:

 

  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, ikan kembung, sardin
  • Daging merah
  • Makanan bercangkerang seperti ketam, udang dan kerang

 

dan, dinasihatkan untuk kurangkan makanan seperti:

  • Asparagus, bunga kubis, cendawan dan bayam
  • Kekacang
  • Bijirin
  • Ayam

 

 

5) Mengekalkan berat badan

Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.

 

 

6) Rehat

Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. Pengamal perubatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan.

 

Pencegahan dan Rawatan Penyakit Gout

 

Apabila diserang Gout, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor dan doktor akan preskripsi ubat yang bersesuaian untuk merawat simptom Gout. Adalah tidak disarankan untuk mengambil sebarang ubat Gout tanpa nasihat doktor untuk mengelakkan keadaan Gout menjadi semakin teruk. Selain itu, doktor juga akan memberikan pelan makanan yang sesuai untuk pesakit Gout.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *