Kebaikan dan Sumber serta Dos Harian Vitamin C yang wajib kita tahu

Kebaikan dan Sumber serta Dos Harian Vitamin C yang wajib kita tahu. Vitamin C adalah salah satu jenis vitamin yang larut dalam air dan memiliki peranan yang penting dalam kesihatan badan kita. Vitamin C ataupun nama saintifiknya Ascorbic Acid adalah vitamin yang tidak dihasilkan oleh badan kita, oleh sebab itu ia perlulah diambil melalui diet seharian.

 

Bolehkah badan kita menyimpan Vitamin C?

Vitamin C merupakan vitamin yang larut dalam air, Vitamin C yang tidak digunakan akan disingkirkan daripada badan kita. Oleh itu, badan kita adalah tidak dapat menyimpan vitamin C.

 

Kebaikan dan Sumber serta Dos Harian Vitamin C yang wajib kita tahu

Fungsi Vitamin C

Jom lihat apa fungsi Vitamin C:

 

  1. Membentuk kolagen

Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan protein penting yang digunakan untuk membina kulit, rawan, tendon, ligamen dan saluran darah.

  1. Memperbaiki simptom pendarahan

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan gusi sering berdarah, kulit lebam kebiruan, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Oleh itu, vitamin C adalah baik dalam memperbaiki sistem darah kita.

  1. Sebagai antioksidan dan memerangi kanser

Vitamin C mmelindungi badan kita daripada radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel badan kita. Contoh radikal bebas termasuklah asap rokok dan udara yang tercemar. Radikal bebas ini lama-kelamaan akan merosakkan DNA dan menukarkan sel sihat kepada sel kanser. Selain itu, radikal bebas turut menyumbang kepada penuaan, penyakit jantung dan artritis.

  1. Mencantikkan kulit

Melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan Vitamin C secara konsisten akan membuat kulit menjadi cerah dan seterusnya melambatkan simptom penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi, jerawat dan jeragat.

  1. Meningkatkan sistem imunisasi

Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih iaitu barisan pertahanan yang akan bertindak melawan bakteria dan kuman yang menyerang badan kita. Vitamin C juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selesema.

Selain kebaikan yang disebut di atas, Vitamin C juga mempunyai kebaikan lain termasuk:

 

  • Mengurangkan simptom alergi seperti eczema, asma dan lain-lain.
  • Mengekalkan kolestrol sihat
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Memperbaiki insomnia
  • Mencegah skurvi

 

Sumber Vitamin C

  1. Sumber Makanan Semulajadi

Buah-buahan : Limau, oren, lemon, jambu batu, nenas, kiwi, strawberi, tembikai dll.

Sayur-sayuran : Brokoli, tomato, bayam, asparagus dll.

2. Melalui Suntikan

Vitamin C juga boleh diambil dengan menyuntik terus ke saluran darah. Kini banyak klinik-klinik yang menawarkan perkhidmatan suntikan Vitamin C. Kesannya adalah lebih cepat namun khabarnya suntikan Vitamin C mempunyai risiko yang tersendiri contohnya saluran darah bengkak kerana suntikan Vitamin C perlu diambil dengan kerap.

3. Melalui Sapuan

Vitamin C juga boleh diperolehi melalui sapuan secara luaran. Biasanya Vitamin C jenis ini boleh didapati dalam produk penjagaan kulit.

4. Melalui pengambilan suplemen

Selain tiga sumber yang disebut di atas, Vitamin C juga boleh diperolehi secara oral dalam bentuk tablet, serbuk ataupun cecair yang perlu ditelan ataupun diminum.

Terdapat banyak suplemen Vitamin C yang dijual di pasaran namun kegemaran saya adalah Sustained Release Vita-C plus daripada Shaklee.

Mengapa saya memilih Vitamin C Shaklee?

  1. Bersifat Sustained Release

Seperti yang dijelaskan di atas, badan kita tidak dapat menyimpan Vitamin C dan Vitamin C yang tidak digunakan/berlebihan akan disingkirkan daripada badan kita. Vitamin C Shaklee akan dilepaskan secara berperingkat ke tubuh badan kita setiap jam mengikut keperluan (100mg setiap jam). Oleh sebab itu, tiada pembaziran akan berlaku. Vitamin C yang digunakan oleh badan kita melalui aktiviti seharian akan digantikan setiap jam. Oleh kerana Vitamin C bersifat larut dalam air, adalah disarankan untuk minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 ke 3 liter air sehari.

  1. Mengandungi Citrus Bioflavonoids

Bioflavonoids ataupun Vitamin C Complex diekstrak daripada kulit buah di mana ia berfungsi untuk  meningkatkan keberkesanan penyerapan Vitamin C oleh badan kita dan bertindak sebagai anti radang, anti alergi dan anti kanser.

  1. Murah

Sebotol Vitamin C Shaklee mempunyai 180 tablet, saranan pengambilan adalah satu tablet sehari. Oleh itu sebotol Vitamin C Shaklee boleh tahan 5 ke 6 bulan! Harga dia pula? Hanya RM92.50 sebotol, bersamaan RM0.51 sehari, lebih kurang RM15.40 sebulan! Sangat-sangat berbaloi!

   4. Diekstrak daripada Sumber Semulajadi, Tiada Pewarna, Perasa atau Pemanis Tiruan

Vitamin C Shaklee diekstrak daripada kanji jagung yang mempunyai molekul yang sama dengan buah citrus. Semasa memilih Vitamin C perlulah pastikan Vitamin C adalah semulajadi dan bukannya sintetik.

Berapakah dos Vitamin C yang diperlukan oleh badan kita dalam sehari?

 

Menurut National Institutes of Health, dos harian Vitamin C yang direkomenkan (Recommended Dietary Allowance (RDA)) adalah 90mg untuk lelaki dan 75mg untuk wanita, manakala wanita mengandung ataupun menyusu badan memerlukan 120mg. Perokok pula memerlukan lebih banyak dos Vitamin C berbanding dengan orang yang tidak merokok.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian mendapati badan manusia memerlukan lebih banyak dos Vitamin C berbanding dengan RDA, contohnya 500mg sehari dapat merendahkan risiko penyakit katarak dan 700mg sehari dapat merendahkan risiko penyakit jantung koronari dan sebagainya.

Oleh kerana Vitamin C bersifat larut dalam air, secara umumnya, Vitamin C dianggap selamat pada dos yang tinggi. Namun demikian, dos melebihi 2000mg sehari mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti loya, cirit birit dan risiko batu karang. Adalah disarankan untuk mendapat nasihat daripada doktor sebelum mengambil dos Vitamin C yang tinggi.

Antara testimoni-testimoni pelanggan Vitamin C Shaklee:

 

 

 

Berminat dengan Sustained Release Vita-C Shaklee? Hubungi saya di 0178200204 ataupun boleh dapatkan terus dengan klik button di bawah.

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *