Kenali Punca dan Simptom serta Komplikasi Penyakit Resdung

Kenali Punca dan Simptom serta Komplikasi Penyakit Resdung. Resdung adalah keradangan pada sinus. Sinus adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka iaitu pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan juga meliputi bahagian dahi. Ia terbahagi kepada empat bahagian yang dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

 

Kenali punca dan simptom serta komplikasi penyakit resdung

Kenali punca dan simptom serta komplikasi penyakit resdung

 

 

Biasanya lendir akan terhasil pada setiap masa di rongga sinus dan akan mengalir ke dalam hidung. Jika saluran sinus tersumbat, lendir akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan pembiakan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan terjejas. Resdung boleh menyebabkan kita menjadi sensitif kepada bahan-bahan yang mampu menyebabkan alahan. Ini termasuklah cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar contohnya asap rokok dan juga masalah jangkitan bakteria.

 

Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,” kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

 

 

Kenali Punca dan Simptom serta Komplikasi Penyakit Resdung

 

Tanda-tanda penyakit resdung:

 

 

  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain

 

 

Punca resdung:

 

  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkok
  • Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak

 

 

Komplikasi resdung:

 

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat

 

Selamat Tinggal Simptom Resdung dengan Set Resdung Shaklee

 

Serangan resdung terbahagi kepada serangan akut dan kronik. Serangan akut adalah serangan yang berlaku dalam tempoh beberapa hari ke beberapa minggu, serangan resdung akut menjadi salah satu punca deman.

 

Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik. Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan.

 

Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor apabila mempunyai simptom-simptom resdung.

 

 

Cara diagnosis resdung:

 

  • Skop hidung untuk melihat punca resdung
  • Menjalankan CT Scan pada hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah.

 

Rawatan resdung daripada doktor:

 

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

  • Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
  • Ubat selesema
  • Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
  • Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

 

Sumber:  Arkib Utusan Online  2005

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *