Kerja Rumah Boleh Menjadi Mudah dan Selamat dengan Adanya Benda ni

Kerja Rumah Boleh Menjadi Mudah dan Selamat dengan Adanya Benda ni. Kerja rumah boleh menjadi kerja yang tidak pernah akan selesai. Selepas kerja-kerja pembersihan hari ni, esok akan mengulangi kerja yang sama. Sesetengah kerja seperti menyapu, mencuci, membasuh wajib dilakukan setiap hari untuk mengelakkan habuk, daki dan rambut yang gugur bertimbun. Pakaian perlu dibasuh dan disental dakinya setiap hari untuk mengelakkan baju kotor bertimbun, bila dah bertimbun nanti lagilah malas nak basuh, apa lagi nak melipat. Lebih sedih lagi apabila kerja rumah dibuat sorang diri, lebih-lebih lagi kaum wanita dan ibu yang beketja. Ia bukan sahaja mengambil masa yang lama malah amatlah memenatkan.

 

 
Apabila selalu melakukan kerja-kerja rumah, biasanya akan terdedah kepada bahan pencuci yang rata-ratanya mengandungi bahan kimia. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif biasanya akan menyebabkan ruam-ruam dan gatal-gatal, kulit kering dan berkedut. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai alergik, bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia tadi mungkin akan menyebabkan alahan kulit dan lebih teruk lagi serangan asma dan komplikasi kesihatan yang lain. Bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia tadi bila mengalir ke longkang dan sungai akan menyebabkan persekitaran tercemar dan menyebabkan dunia menjadi sakit.

 
Oleh itu, pemilihan bahan-bahan pencuci adalah penting. Ia bukan sahaja boleh menjimatkan masa dan menyenangkan kerja-kerja mencuci, malah boleh mengelakkan berlaku alahan selain boleh menjaga persekitaran menjadi selamat dan sihat. Terdapat banyak syarikat pengeluaran bahan pencuci di luar sana yang semakin mengambil berat dengan alam persekitaran dan kesihatan individu dan mengeluarkan produk yang selamat, bebas bahan kimia dan mesra alam. Antaranya adalah Shaklee.

 

 

Kerja Rumah Boleh Menjadi Mudah dan Selamat dengan Adanya Benda ni

 

Set Get Clean Shaklee

 

Kerja Rumah Boleh Menjadi Mudah dan Selamat dengan Adanya Benda ni

Kerja Rumah Boleh Menjadi Mudah dan Selamat dengan Adanya Benda ni

 

 

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

 

Bsic H2

Basic H2

 

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan 1001 kegunaan lagi.

 

 

Fresh Laundry Concentrate

 

Fresh Laundry Concentrate

Fresh Laundry Concentrate

 

Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

 

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian di pasaran mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit – punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

 

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

 

 

Soft Fabric Concentrate

 

Soft Fabric Concentrate

Soft Fabric Concentrate

 

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan. Ianya berkepekatan tinggi (32 auns), dan mampu melembutkan 64 cucian. Paling seronok, selain dari melembutkan, Pelembut Fabrik Shaklee ini juga mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi.

 

 

Dish Wash Concentrate

 

Dish Wash Concentrate

Dish Wash Concentrate

 

Pencuci Pinggan yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda.

 

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine (DEA) dan Sodium Dodecylbenzensulfonate. Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

 

Dish Wash Shaklee ini lembut pada tangan, rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan, buih sabunnya tahan lebih lama, dan menjadikan pinggan bersih berkilau. Hanya beberapa titisan sahaja untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.

 

 

Pada kesimpulannya, dengan adanya set Get Clean Shaklee, bukan sahaja mesra alam, malah boleh menjimatkan masa dalam kerja-kerja menyental dan memberus, dan boleh mengelakkan daripada alahan bahan kimia. Buat kerja rumah sambil kulit tetap lembut dan sihat 🙂

 

 

Sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee boleh hubungi:

 

Claire Chin (ID 1229721)

Whatsapp/Call: 0178200204

FB Page: @MySHakleeJourney

FB: Claire Chin

Pengedar Shaklee Bintulu (COD), Sarawak, Sabah dan seluruh Malaysia (GDex)

 

 

You may also like...

2 Responses

  1. Liyana says:

    Heard many good reviews and thoughts of Shaklee before..I am guessing it’s really a reliable product that is also environment-friendly!

  2. tengkubutang says:

    wah.. ada macama-macam yea.. macam terasa seronok je buat kerja rumah bila ada benda ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *