Ketahui 7 Kebaikan Kolagen untuk Kesihatan Badan Kita

Ketahui 7 Kebaikan Kolagen untuk Kesihatan Badan Kita. Kolagen (collagen) adalah sejenis protein yang terdapat di dalam badan kita. Kolagen biasanya terdapat dalam kulit, ligamen , tendon, tulang, saluran darah, otot, kornea mata dan sistem penghadaman.

 

Ketahui 7 Kebaikan Kolagen untuk Kesihatan Badan Kita

Ketahui 7 Kebaikan Kolagen untuk Kesihatan Badan Kita

 

25-30% daripada jumlah protein yang ada di badan kita adalah kolagen. Kolagen dalam badan membantu memberi kekuatan dan keanjalan pada kulit dan juga menggantikan sel-sel kulit mati. Kolagen juga dikenali sebagai gam yang membantu memegang sendi dan tendon kita.

 

Ketahui 7 Kebaikan Kolagen untuk Kesihatan Badan Kita

1. Memperbaiki kesihatan kulit dan rambut

Apabila umur semakin meningkat, pengeluaran kolagen oleh tubuh secara semulajadi akan semakin berkurangan dan menyebabkan perubahan secara fizikal seperti kulit menjadi longgar, kedutan dan kurang anjal. Dengan pengambilan kolagen boleh membantu meningkatkan keanjalan kulit, menjadikan kulit halus dan memperbaiki sel-sel kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam mengurangkan selulit dan stretch mark.

 

Kolagen dalam badan berkurang apabila umur semakin meningkat

Kolagen dalam badan berkurang apabila umur semakin meningkat

2.Mengurangkan sakit sendi

Rawan pada sendi akan mula terhakis apabila kolagen pada badan menjadi semakin berkurangan. Kolagen pada sendi membantu dalam pergerakan sendi dan mengurangkan kerosakan pada sendi yang diakibatkan oleh penuaan. Selain itu, kajian juga mendapati kolagen membantu dalam merawat penyakit osteoarthritis dan rheumatoid athritis.
3. Membantu dalam sindrom usus bocor (Leaky Gut)

Kolagen memecahkan protein dan melegakan dinding usus. Kolagen juga membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia adalah penting untuk membuat penghadamanan lebih mudah dan lebih lengkap. Fungsi kolagen untuk membantu melindungi kolon dan saluran penghadaman daripada simptom seperti ulser, penyakit Crohn, dan lain-lain.
4. Meningkatkan metabolisma, tenaga dan otot

Kolagen boleh membantu dalam meningkatkan metabolisma. Salah satu fungsi Glycine dalam kolagen adalah menukarkan gula kepada tenaga untuk menyokong pembentukan tisu otot. Adalah penting untuk mengekalkan jisim otot kerana ia membantu menyokong postur badan, menjaga kesihatan tulang dan membakar lebih kalori.

 

Struktur Kolagen

Struktur Kolagen

5. Menguatkan rambut, gigi dan kuku

Kekurangan kolagen dalam badan adalah salah satu punca rambut gugur dan kuku rapuh. Protein kolagen membantu dalam menguatkan folikel rambut, menguatkan gigi dan juga tulang.
6. Menjaga kesihatan hati dan jantung

Kolagen sangat membantu dalam proses nyahtoksin, melancarkan peredaran darah dan menjaga kesihatan jantung. Glycine dalam kolagen mengurangkan risiko hati menjadi rosak disebabkan bahan-bahan toksin ataupun alkohol.
7. Menstabilkan hormon

Kolagen juga dipercayai mampu menstabilkan hormon.

 

 

Punca Badan Kehilangan Kolagen

 

Kesan Kehilangan Kolagen

Kesan Kehilangan Kolagen

 

Apabila umur semakin meningkat, kolagen dalam badan akan menjadi semakin berkurangan, gaya hidup yang tidak sihat juga menyumbang dalam kehilangan kolagen dalam badan. Contohnya:
1. Pengambilan gula berlebihan

Gula berlebihan dalam darah akan bergabung dengan protein dan membentuk molekul baru yang dipanggil AGE (Advanced Glycation End Products). AGE menyebabkan kolagen menjadi kering, rapuh dan lemah.
2. Tabiat Merokok

Bahan kimia dalam rokok merosakkan kolagen dan keanjalan kulit. Nikotin juga menyebabkan saluran darah di lapisan luar kulit menjadi sempit di mana menjejaskan penghantaran nutrisi dan oksigen kepada kulit.
3. Sinaran cahaya matahari

Sinaran ultraviolet dalam cahaya matahari menyebabkan pemecahan kolagen dalam kadar yang tinggi, merosakkan serat kolagen dan mendorong pengumpulan elastin yang tidak normal. Elastin yang tidak normal mendorong kepada pengeluaran enzim yang boleh memecahkan kolagen. Ia juga menyebabkan pembetukan parut solar (solar scars).

 

Sumber: Dr. Axe Food is Medicine

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *