Ketahui 8 Simptom dan Tanda Awal Penyakit Alzheimer

Ketahui 8 Simptom dan Tanda Awal Penyakit Alzheimer. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesusutan daya ingatan, penurunan dari segi kemampuan untuk berfikir dan bertutur dan perubahan tingkah laku akibat kemerosotan fungsi otak sama ada secara drastik ataupun secara perlahan-lahan.

 

Ketahui 8 Simptom dan Tanda Awal Penyakit Alzheimer

Ketahui 8 Simptom dan Tanda Awal Penyakit Alzheimer

 

Terdapat 8 simptom awal penyakit Alzheimer, setiap individu yang mempunyai Alzheimer mungkin mengalami satu atau lebih daripada simptom tersebut. Sekiranya anda mengenali siapa-siapa yang mengalami simptom tersebut, bawalah mereka berjumpa dengan doktor untuk diagnosis dan rawatan awal.

 

Rawatan dan Pencegahan Alzheimer dengan Resveratrol

 

Ketahui 8 Simptom dan Tanda Awal Penyakit Alzheimer

 

1. Hilang Ingatan

Salah satu simptom penyakit Alzheimer yang paling biasa adalah hilangan ingatan terutamanya maklumat yang baru. Ini adalah termasuk terlupa tarikh atau peristiwa penting, meminta maklumat yang sama berulang-ulang, perlu bergantung kepada alat bantuan memori seperti nota dan ahli keluarga untuk perkara-perkara yang mereka pada biasanya mampu mengendalikan sendiri.

 

2. Sukar untuk membuat perancangan dan manjalankan rutin harian

Sesetengah orang mungkin mengalami perubahan dari segi keupayaan untuk membuat perancangan dan mengikutinya atau sukar untuk menjalankan rutin harian. Contohnya mempunyai masalah untuk mengikut resipi masakan, menguruskan kewangan, memandu ke tempat biasa, kesukaran dalam menumpukan perhatian, mengambil masa yang lama untuk melakukan perkara-perkara yang mereka telah biasa lakukan sebelum ini dan sebagainya.

 

3. Masalah dalam memahami imej visual

Mereka mungkin mengalami msalah untuk membaca, menganggar jarak dan mengenalpasti warna yang mana menyukarkan mereka untuk memandu.

 

5. Sukar untuk berkomunikasi dan kurang sosial

Seseorang yang mengalami Alzheimer mungkin mempunyai masalah dalam menyertai perbualan. Mereka boleh berhenti di tengah-tengah perbualan dan sukar untuk meneruskan kerana mempunyai masalah mencari perkataan yang betul dan akhirnya menyebut perkataan yang kurang tepat. Ini boleh menyebabkan mereka mula menarik diri daripada menyertai sebarang aktiviti sosial, sukan ataupun hobi.

 

5. Keliru dengan masa dan tempat

Pesakit Alzheimer boleh lupa tarikh dan masa. Mereka mungkin mempunyai masalah memahami sesuatu dan kadang-kadang mereka mungkin terlupa di mana mereka berada atau bagaimana mereka boleh sampai ke sana.

 

6. Kehilangan barang

Seseorang yang mempunyai penyakit Alzheimer mungkin mengalami kehilangan sesuatu kerana lupa tempat letak ataupun letak ke tempat yang bukan kebiasaan. Kadang-kadang, mereka boleh menuduh orang lain mencuri. Ini boleh berlaku dengan lebih kerap dari masa ke masa.

 

7. Penilaian yang lemah

Orang dengan Alzheimer mempunyai penilaian yang lemah. Contohnya apabila berurusan dengan wang, mungkin boleh mengalami kerugian kerana penilaian yang lemah. Mereka juga mungkin kurang memberi perhatian kepada penampilan dan pemakaian.

 

8. Perubahan mood dan personaliti

Mood dan personaliti mereka yang mengalmai Alzheimer senang berubah. Mereka boleh menjadi keliru, mencurigakan, stress, takut ataupun cemas apabila berana di luar zon keselesaan.

 

Sumber: www.alz.org

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *