Ketahui Jenis Eczema untuk Dapatkan Rawatan yang Bersesuaian

Ketahui Jenis Eczema untuk Dapatkan Rawatan yang Bersesuaian. Eczema adalah masalah kulit kronik yang menyebabkan kulit manjadi kemerahan, merekah, kering dan gatal. Eczema boleh melepuh dan mengeluarkan cecair kuning.

 

Ketahui Jenis Eczema untuk Dapatkan Rawatan yang Bersesuaian

Ketahui Jenis Eczema untuk Dapatkan Rawatan yang Bersesuaian

Eczema biasanya berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Simptom eczema mungkin akan hilang apabila mereka dewasa namun ada juga yang berterusan mengalami penyakit tersebut sehingga dewasa.

 
Eczema juga boleh berlaku kepada orang dewasa walaupun dia tidak pernah mendapat penyakit eczema sewaktu kecil. Pakar kulit menjelaskan bahawa eczema itu sendiri ada dalam badan mereka dan hanya akan tercetus apabla mengalami sesuatu jenis keadaan.

 
Terdapat banyak jenis eczema dan adalah penting untuk mengetahui jenis eczema yang dialami untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

 

 

Ketahui Jenis Eczema untuk Dapatkan Rawatan yang Bersesuaian

 

1. Atopic Dermatitis

Atopic Dermatitis adalah sejenis eczema kronik yang menyebabkan keradangan pada kulit. Eczema jenis ini biasanya berlaku pada bayi, sama ada ia menjadi semakin baik ataupun menjadi semakin teruk. Ia mudah berlaku apabila terdapat ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini dan tercetus daripada demam alergi (hay fever) dan asthma.

 

Atopic Dermatitis

Atopic Dermatitis (Sumber gambar daripada Google)

 

2. Contact Dermatitis

Biasanya berlaku apabila kulit terkena bahan perengsa ataupun allergen. Ia biasanya berlaku di bahagian tangan ataupun bahagian badan yang tersentuh dengan bahan perengsa dan allergen tadi. Bahan perengsa yang biasa adalah seperti: Pelarut, bahan kimia industri, detergen, sabun dan pewangi, bahan kosmetik yang mengandungi alkohol, bulu, wasap dan banyak lagi.

 

Contact Dermatitis (Sumber gambar daripada Google)

Contact Dermatitis (Sumber gambar daripada Google)

 

3. Seborrheic Eczema

Eczema jenis ini adalah jenis kronik yang akan berulang. Ia mungkin adalah eczema paling biasa berlaku pada orang dewasa. Biasanya ruam ini akan muncul pada kulit kepala, dahi, kening, telinga, antara hidung dan bahagian atas mulut, tengah-tengah bahagian dada dan belakang.

 

Seborrheic Eczema (Sumber gambar daripada Google)

Seborrheic Eczema (Sumber gambar daripada Google)

 

4. Nummular Eczema

Eczema Nummular berbentuk seakan syiling iaitu bentuk bulat. Simptom awal Eczema Nummular adalah bintik-bintik merah yang dengan cepatnya menjadi bintik besar yang saiznya boleh daripada beberapa miilimeter ke beberapa sentimeter besarnya. Kawasan yang terjejas akan menjadi sangat gatal terutamanya pada waktu malam.

 

Nummular Eczema

Nummular Eczema

 

Apabila Terkena Penyakit Kulit Nummular Eczema

 

5. Neurodermatitis

Juga dikenali sebagai Lichen Simplex Chronicus. Ia adalah masalah kulit yang menyebabkan kegatalan dan kulit menjadi bersisik dan tebal akibat daripada selalu digaru dan digosok.

 

Neurodermatitis

Neurodermatitis (Sumber gambar daripada Google)

 

6. Stasis Dermatitis

Ia juga dipanggil Stasis Vena dematitis (Vernous Stasis Dermatitis) kerana ia biasanya berlaku apabila terdapat masalah dengan aliran darah dan tekanan dalam urat, biasanya apda bahagian kaki. Tekanan ini boleh menyebabkan cecair bocor keluar daripada urat dan ke dalam kulit.

 

Stasis Dermatitis (Sumber gambar daripada Google)

Stasis Dermatitis (Sumber gambar daripada Google)

 

7. Dyshidrotic Eczema

Adalah satu keadaan di mana menghasilkan lepuhan gatal di tepi jari tangan, jari kaki, tapak tangan dan tapak kaki. Tekanan, alahan, tangan dan kaki yang lembap ataupun pendedahan kepada nikel (saduran pada barang kemas logam), kobalt ataupun garam kromium boleh penjadi pencetus kepada masalah kulit ini. Dyshidrotic Eczema adalah dua kali lebih biasa berlaku di kalangan wanita bebanding dengan lelaki.

 

Dyshidrotic Eczema (Sumber gambar daripada Google)

Dyshidrotic Eczema (Sumber gambar daripada Google)

 

Pada kesimpulannya, dapatkan rawatan daripada pakar kulit untuk mengesan jenis eczema dan mendapat rawatan yang bersesuaian dengan simptom.

 

Sumber: Know What Type of Eczema You Have

You may also like...

8 Responses

  1. tengkubutang says:

    sakit kulit ekzema ni seserius Psoriasis ke? ke Psoriasis lagi serius?

  2. Sherry says:

    my dear has no.5 on his back.
    he’s stubborn doesn’t want to see doc about it. 🙁

    • claire says:

      Should really consider to see doctor or he can try to take some supplements which you can ask me how, as I myself suffering from eczema, look at the pic at no.4, that’s my leg. lol.

  3. mhownai says:

    we should really keep an eye on our little ones to avoid having these. it hurts to see your little one suffer from skin disease. we alsoneed to maintain a clean and healthy environment.

    mhownai.blogspot.com

  4. Emily says:

    Eczema is seriously scary. In fact, any skin condition is scary and difficult to arrest because the skin is the largest organ of the human! Hopefully there will be a real cure for eczema.

    • Claire Chin says:

      Yes, it is, and I’m still struggling with it. I can’t remember how long I didnt wear shorts because of it 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *