Perbezaan Ubat dengan Suplemen dan Tempoh Pengambilan Suplemen untuk Menampakkan Kesan

Apa itu suplemen dan apakah perbezaan ubat dengan suplemen? Ramai yang berputus asa dengan suplemen yang diambil bila tidak menampakkan apa-apa kesan positif atau perubahan setelah menghabiskan sebotol ataupun setelah hanya seminggu mengamalkan suplemen tersebut. Ataupun ada juga sesetengah orang yang skeptikal dengan suplemen, kononnya kalau nak jual suplemen untuk kurus, penjual sendiri kena kurus dulu. (Hmm, takkan orang botak tak boleh jual sikat pulak.)

Tapi tahukah anda yang suplemen memerlukan masa untuk bertindakbalas dan berfungsi secara optimum kepada badan kita?

Jangan salah anggap suplemen tu ubat ya, sebelum saya pergi lebih lanjut lagi, jom tengok apa perbezaan ubat dengan suplemen.

 

Ubat vs Suplemen


Ubat (drug)

Mengikut definisi, ubat adalah bahan kimia atau dadah yang digunakan untuk merawat atau mengurangkan simptom sakit. Di Malaysia, ubat-ubatan dikawal penggunaan, penjualan dan pengagihannya melalui Akta Racun 1952. Adalah penting untuk mendapatkan preskripsi doktor ataupun ahli farmasi untuk ubatan terkawal agar tidak terlebih dos.

Suplemen (supplement)

Suplemen pula adalah makanan tambahan yang biasanya mengandungi satu atau lebih nutrisi/ vitamin ataupun mineral yang diperlukan oleh badan kita. Suplemen boleh didapati sama ada dalam bentuk cecair, tablet, pil ataupun kapsul. Sebab tu suplemen sering disalah anggap sebagai ubat.


Apabila kita sakit dan makan ubat memang akan nampak kesan dalam beberapa jam sahaja tetapi pengambilan suplemen pula perlu konsisten sekurang-kurangnya 90-120 hari untuk menampakkan kesan, bergantung dengan keadaan badan kita. Ini adalah kerana sel-sel badan kita hidup antara 90-120 hari. Dalam tempoh tersebut juga proses penggantian sel berlaku, yang mana sel lama yang telah mati akan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat apabila mengamalkan suplemen secara konsisten.

Mengapa saya kata tempoh kesan positif bergantung dengan badan kita? Ini adalah kerana tahap metabolisma setiap badan manusia adalah berbeza begitu juga dengan tahap pendedahan, gaya hidup dan cara pemakanan. Ada pula yang beranggapan bahawa kita tidak perlu menjaga pemakanan ataupun bersenam apabila mengambil suplemen. Ini adalah tidak betul sama sekali. Sebagai contoh, ambillah suplemen untuk kurus berbulan-bulan, sekiranya anda malas nak bergerak, makan makanan berminyak berlemak, memang susah nak kurus juga. Lagilah membazir, lepas tu nak salahkan suplemen tidak berkesan.

Air masak pula perlu minum dalam kadar berpatutan, sekurang-kurangnya 8 gelas ataupun 2 liter sehari.

Walau bagaimanapun, nak ambil suplemen perlulah pilih suplemen yang berasaskan sumber semulajadi dan bukannya daripada bahan sintetik. Perlulah mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Suplemen yang mempunyai kelulusan KKM mempunyai pelekat hologram dan juga nombor kelulusan yang biasanya bermula daripada ‘MAL’.

 

Contoh pelekat hologram dan nombor kelulusan KKM

 

Pada kesimpulannya, adalah amat merugikan sekiranya berhenti mengambil suplemen selepas habis hanya sebotol kerana tidak sempat untuk menikmati kesan positifnya 🙂

Suplemen Shaklee dihasilkan daripada estrak bahan semulajadi, sumber tumbuhan dan mineral semulajadi. Berminat dengan suplemen Shaklee boleh hubungi saya.

 

 

Claire Chin (ID 1229721)

Whatsapp/Call: 0178200204

FB Page: @MyShakleeJourney

FB: https: Claire Chin

Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak, Sabah dan seluruh Malaysia.

You may also like...

5 Responses

  1. Tidak menyesal memilih supplimen Shaklee kan

  2. Wana laba says:

    Kalau saya bila terlampau sakit dan badan tidak tahan sudah baru saya ambil ubat.. Info yang bagus.

    • claire says:

      Saya pun sama juga… sebab tu penting ambil suplemen bersesuaian untuk meningkatkan antibodi badan kan…:) Mencegah lebih baik daripada merawat KKM kata… 🙂

  3. stanzee says:

    Sangat bermanfaat. Tq infonya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *