Punca Kitaran Haid Tidak Teratur dan Cara Rawatannya

Setiap wanita akan mengalami haid ataupun datang bulan sepanjang tempoh reproduktifnya. Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza, namun tempoh kitaran haid yang normal adalah antara 28-31 hari, menurut gynaecologist yang saya pernah jumpa, manakala setiap tempoh haid adalah selama lebih kurang 5 hari. Walau bagaimanapun, ramai wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Jom kita tengok apakah punca kitaran haid tidak teratur.

 

Ramai wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur (sumber daripada Google)

 

Bagaimana menentukan sama ada kitaran haid adalah tidak teratur?

Kira bermula daripada hari terakhir haid untuk bulan sebelumnya sehingga hari pertama haid bulan semasa selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Sekiranya jumlah hari di antaranya sangat jauh beza, maka anda mempunyai haid yang tidak teratur. Oleh sebab itu, adalah penting untuk merekodkan diari haid kita, banyak aplikasi dalam telefon pintar sekarang yang dapat merekodkan diari haid. Tiga gambar di bawah adalah aplikasi yang saya gunakan untuk merekodkan kitaran haid saya, aplikasi ini mengingatkan jangkaan tarikh haid agar saya akan bersedia untuk beberapa hari tersebut, merekodkan kitaran haid saya dan jangkaan tarikh subur.

 

 

Apa yang menyebabkan haid tidak teratur?

Dalam kebanyakan kes, haid tidak teratur adalah disebabkan ovulasi tidak berlaku semasa kitaran haid, biasanya adalah disebabkan hormon tidak stabil. Wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur masih boleh berovulasi, namun masa ovulasi berbeza dari bulan ke bulan. Berikut merupakan beberapa faktor yang boleh menyebabkan haid tidak teratur.

Diet dan sukan yang melampau
Bersukan secara ekstrem dan diet yang melampau akan menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan paling teruk sekali tidak datang haid terus. Selain itu, BMI tidak normal, masalah gangguan makan seperti aneroxia dan bulimia juga menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Stress
Stress melampau terhadap sesuatu masalah boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan seterusnya menyebabkan haid tidak teratur ataupun tidak datang haid.

Pil Perancang
Pengambilan pil peancang juga berpotensi menyebabkan masalah haid sama ada haid yang kurang, haid yang banyak ataupun tidak datang haid.

Sindrom ovari polisistik (Polycystic Ovary Syndrome (PCOS))
PCOS menyebabkan cyst terbentuk pada ovari dan mengganggu proses ovulasi. Wanita yang mengalami PCOS mempunyai sejarah peroid tidak teratur. Tambahan kepada itu, PCOS juga menyebabkan ketidaksuburan. PCOS boleh meningkatkan risiko diabetes dan masalah jantung.

 

PCOS (sumber daripada Google)

 

Penyakit lain
Masalah tiroid boleh menyebabkan haid tidak teratur sekiranya tahap darah hormon tiroid terlalu rendah ataupun terlalu tinggi. Selain itu, lain-lain masalah kesihatan seperti fibroid, STD, diabetes dan endometriosis juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.

Faktor Umur
Remaja yang baru mengalami haid kitaran haidnya mungkin tidak akan sama setiap bulan dan memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk jadi normal. Masalah haid tidak teratur adalah perkara biasa bagi wanita yang menghampiri menopause.

 

Bilakah anda perlu risau bila mengalami masalah haid tidak teratur?

Anda tidak perlu risau apabila kitaran haid tidak teratur untuk sebulan dua dalam setahun kerana kemungkinan besar terjadi apabila terdapat perubahan dari segi gaya hidup. Apabila tidak datang haid, pastikan anda jalankan ujian kehamilan terlebih dahulu sekiranya anda dah berkahwin dan melakukan hubungan intim.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami kitaran haid tidak teratur secara konsisten, anda perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk PCOS dan tiroid dan juga lain-lain masalah kesihatan yang berkaitan dengan masalah haid. Kitaran haid yang tidak menentu juga menyebabkan kesukaran untuk mengandung terutamanya apabila anda tidak ovulasi setiap bulan.

 

Pencegahan dan cara rawatan

Berjumpa dan berbincang dengan gynaecologist adalah penting untuk mendapatkan rawatan.

 

sumber daripada Google

 

Sekiranya stress adalah punca utama, tangani stress dengan aktiviti-aktiviti seperti meditasi, yoga, taichi dan lain-lain. Elakkan diet dan sukan yang melampau yang mungkin akan menggangu kitaran haid. Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan (supplement) B-Complex Shaklee. B Complex Shaklee dapat membantu dalam melawan simptom dan punca stress dan kemurungan.

 

B-Complex Shaklee

 

Selain itu, supplement lain yang dapat membantu adalah seperti GLA Complex Shaklee dan ESP Shaklee. GLA Complex Shaklee terbukti membantu ramai wanita dalam masalah kitaran haid dan menstabilkan hormon. Ada yang akhirnya berjaya mengandung dengan pengambilan GLA Complex secara konsisten. Selain itu, pengambilan ESP Shaklee secara konsisten juga baik untuk wanita yang berikhtiar untuk mengandung kerana ia dapat menguatkan otot uterus dan membantu membetulkan hormon.

Mengapa saya tekankan pengambilan supplement perlu secara konsisten? Ini adalah kerana supplement bukan ubat yang akan menampakkan kesan seawal pengambilan pertama, supplement membekalkan nutrien yang tubuh kita perlukan dan memulihara tubuh kita, oleh itu pengambilan supplement memerlukan masa untuk menampakkan kesan positifnya. Perbezaan Ubat dengan Supplement.

 

GLA Complex Shaklee

 

ESP Soy Protein Shaklee

 

Antara-antara testimoni GLA Complex Shaklee:

 

 

 

 

 

 

 

Berminat dengan produk-produk di atas dan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee, sila hubungi saya untuk konsultasi percuma. Ataupun boleh klik button di bawah untuk pembelian terus secara atas talian.

 

 

Claire Chin (ID 1229721)

Whatsapp: www.wasap.my/60178200204

Call: 0178200204

FB Page: @MyShakleeJourney

FB: Claire Chin

Pengedar Shaklee Bintulu (COD), Sarawak, Sabah dan seluruh Malaysia (Pos Laju)

You may also like...

2 Responses

  1. App apa clarie guna untuk jadual period tu.bagus pula kalau install di HP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *