Selamatkah makan suplemen yang telah tamat tempoh?

Baru-baru ni ada yang bertanyakan berkenaan tarikh tamat tempoh suplemen,  suplemen dah tamat tempoh tapi nak dibuang rasa membazir pula. Sebenarnya, selamatkah makan suplemen yang telah tamat tempoh?

 


Tarikh tamat tempoh sesuatu suplemen adalah sangat subjektif, ini adalah kerana setiap suplemen akan mula merosot keberkesanannya sejak dari hari pertama suplemen tersebut dihasilkan, manakala kadar kemerosotan setiap suplemen pula adalah berbeza. Oleh itu, pengeluar suplemen akan meningkatkan potensi suplemen dengan mengambil kira masa penghantaran dan shelf life agar suplemen tetap pada keadaan potensi tertinggi sehingga tarikh tamat tempoh seperti yang dinyatakan pada label. Lagipun, Food and Drug Administration (FDA) tidak mensyaratkan suplemen diletakkan tarikh tamat tempoh.

 

 

Cara Penyimpanan Suplemen

Cara penyimpanan suplemen memainkan peranan penting dalam mengekalkan potensi sesuatu suplemen. Suplemen akan merosot potensinya sekiranya cara penyimpanan tidak betul.

Menyimpan suplemen dalam peti sejuk tidak semestinya cara terbaik
Melainkan dinyatakan pada label suplemen, penyimpanan suplemen dalam peti sejuk tidak disarankan, ini adalah kerana setiap kali kita membuka botol suplemen pemeluwapan berlaku dan menyebabkan potensi suplemen merosot.  Sekiranya hendak letak dalam peti sejuk, asingkan suplemen tersebut ke kuantiti yang diperlukan. Contohnya suplemen yang boleh tahan sehingga 6 bulan pengambilan, diasingkan ke kuantiti sebulan untuk mengelakkan proses pemeluwapan setiap kali botol dibuka.

Menyimpan suplemen dalam botol asal
Biasanya botol suplemen adalah daripada jenis bekas yang legap ataupun berkaca gelap. Ini direka untuk mengelakkan cahaya menembusi botol. Ramai yang suka memindahkan suplemen ke bekas lutsinar, sebenarnya ia tidak disarankan kerana terdedah kepada tembusan cahaya yang boleh menyebabkan keberkesanan suplemen berkurang. Suplemen boleh dipindahkan ke bekas kecil untuk tujuan outstation ataupun travel.

Simpan suplemen di tempat yang kering dan gelap
Kebiasanya ramai yang menyimpan suplemen di dapur ataupun dalam bilik mandi kerana lebih senang. Namun suhu dan haba di dapur serta kelembapan di bilik mandi boleh mengurangkan potensi suplemen.  Tempat penyimpanan terbaik adalah dalam almari ataupun laci di dalam bilik.

Kesimpulannya, apabila suplemen disimpan dengan betul dan warna, rasa serta baunya tidak berubah maka ia masih selamat dimakan apabila tamat tempoh, bezanya potensi dan keberkesanannya mungkin akan merosot. 🙂

 

*Tambahan*

Ibu mengandung tidak disarankan untuk mengambil suplemen yang telah tamat tempoh, ini adalah kerana mereka memerlukan asid folik dan nutrisi lain yang mencukupi, suplemen yang telah menurun potensinya mungkin tidak dapat membekalkan jumlah nutrisi yang cukup untuk ibu mengandung.

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *