Simptom dan Pencegahan Gastritis dan Ulser Peptik

Simptom dan Pencegahan Gastritis dan Ulser Peptik. Gastritis ataupun sakit gastrik adalah inflamasi atau keradangan dalam lapisan perut sehingga menyebabkan ketidakselesaan ataupun kepedihan dalam perut.

 

"<yoastmark

Simptom dan Pencegahan Gastritis dan Ulser Peptik

Simptom Gastrik

–  Rasa pedih pada bahagian atas abdomen
–  Sendawa
–  Muntah-muntah
–  Rasa loya
–  Kembung perut

 

Punca yang menyebabkan gastrik

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencernakan makanan dan juga lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik. Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan.

Dengan itu, gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Apabila keadaan berterusan tanpa dirawat, juga akan menyebabkan terjadinya ulser.

 

Ulser Peptik (Peptic Ulser)

Merupakan luka yang terjadi pada bahagian dalam perut, pada bahagian pertama usus kecil (duodenum) dan pada esofagus (biasanya disebabkan oleh asid reflux (GERD)).

 

Paptic Ulser (sumber daripada Google)

 

Simptom Ulser Peptik

–  Rasa sakit lebih kuat
–  Muntah darah
–  Buang air besar najis berwarna hitam
–  Kurang selera makan
–  Kurang berat badan

 

Punca Ulser Peptik (Peptic Ulser)

Ulser peptik selalu dikaitkan dengan makanan berempah/pedas dan tekanan perasaan namun ia cuma memburukkan gejala ulser peptik dan melambatkan proses penyembuhan dan bukannya penyebab kepada ulser peptik. Salah satu penyebab ulser peptik sebenarnya adalah jangkitan kuman Helicobacter pylori yang menghakis dinding perut dan menyebabkan luka.

 

Endoscopy

Mereka yang mengalami simptom gastrik dan ulser peptik adalah disarankan untuk berjumpa dengan pakar gastrologist. Pakar gastrologist akan menjalankan pemeriksaan Endoscopy. Endoscopy merupakan tiub fleksibel yang dimasukkan melalui mulut untuk melihat bahagian dalam perut, duodenum dan esofagus.

Semasa endoscopy dijalankan, doktor juga boleh mengambil sampel tisu untuk mengesan sama ada terdapat jangkitan bakteria Helicobacter pylori. Sekiranya terdapat jangkitan bakteria ini dan tidak dirawat, ulser akan berulang, komplikasinya adalah kanser perut.

 

Endoscopy (sumber daripada Google)

 

Rawatan

Ubatan yang dipreskripsi oleh doktor/ pakar gastrologist. Ubatan yang digunakan untuk merawat masalah ini boleh di bahagikan kepada beberapa kategori:

–  Peneutralan asid di dalam perut
–  Pengurangan perembesan asid di dalam perut
–  Perlindungan permukaan mukosa dinding perut
–  Ubatan untuk menghalang perembesan asid di dalam perut dan mengalakkan proses penyembuhan ulser
–  Antibiotik untuk menghapuskan kuman Helicobacter pylori

 

Pencegahan

–  Makan secara teratur, elakkan makanan pedas dan masam, buah-buahan masam tidak digalakkan

–  Mengambil makanan yang seimbang dan berzat

–  Mengamalkan gaya hidup sihat: Berhenti merokok, kurangkan pengambilan alkohol/ kafein, kawal stress

–  Pengambilan susu:  Susu akan melapisi permukaan perut daripada terkena serangan asid

–  Menghadkan penggunaan ubat tahan sakit/  menggantikan ubat tahan sakit

–  Selain itu, pengambilan suplemen juga digalakkan.

 

Gastrik tidak lagi menyerang selepas amalkan suplement shaklee

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *