Simptom dan Pencegahan Tulang Rapuh dan Osteoporosis

Simptom dan Pencegahan Tulang Rapuh dan Osteoporosis. Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang menjadi rapuh dan mudah retak ataupun patah dari dalam disebabkan kekurangan mineral dan kepadatan tulang yang semakin merosot. Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis biasanya boleh retak ataupun patah hanya disebabkan oleh kecederaan yang ringan.

 

Simptom dan Pencegahan Tulang Rapuh dan Osteoporosis

Simptom dan Pencegahan Tulang Rapuh dan Osteoporosis

 

Tulang yang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat. Apabila badan kekurangan kalsium, ia akan mengambil sumber kalsium daripada tulang. Lama-kelamaan, tulang akan menjadi semakin poros dan mengalami osteoporosis.

 
Walaupun osteoporosis sering kelihatan terjadi di kalangan orang tua, namun sebenarnya kepadatan tulang akan mula merosot apabila umur semakin meningkat. Wanita lebih cenderung untuk mengalami osteoporosis berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana tahap estrogen akan berkurang apabila wanita mula mengalami menopaus. Estrogen membantu mengekalkan kepadatan tulang di kalangan wanita. Apabila mengalami menopaus, wanita boleh kehilangan sehingga 4% daripada jisim tulang setiap tahun dalam tempoh 10 tahun pertama selepas menopaus.

 

Kepadatan Tulang Semakin Merosot apabila Umur Meningkat

Kepadatan Tulang Semakin Merosot Apabila Umur Meningkat

 

Simptom dan Pencegahan Tulang Rapuh dan Osteoporosis

 

Apakah faktor-faktor terjadinya Osteoporosis?

 

Faktor-faktor osteoporosis yang tidak boleh dikawal:

Jantina – Kaum wanita lebih cenderung mengalami osteoporosis
Etnik – Orang Asia lebih cenderung mengalami osteoporosis
Sejarah keluarga

 

Faktor-faktor osteoporosis yang boleh dikawal:

Tabiat merokok
Kurang bersenam
Kurang kalsium
Makanan yang tidak bernutrisi
Pengambilan alkohol secara berlebihan

 

Simptom Osteoporosis

Mereka yang mengalami osteoporosis tidak menunjukkan apa-apa simptom sehinggalah tulang patah walaupun kecederaan yang ringan. Biasanya osteoporosis akan dikesan apabila doktor menjalankan pemeriksaan X-ray pada tulang yang patah.

 

Rawatan Osteoporosis

Pada masa kini, tiada rawatan untuk tulang yang telah mengalami osteoporosis, rawatan untuk osteoporosis hanyalah untuk mengelakkan tulang menjadi semakin poros dan juga rawatan untuk menguatkan tulang yang lemah. Cara terbaik adalah untuk mencegah osteoporosis daripada berlaku.

 

 

Rawatan dan Pencegahan

 

Bersenam

Bersenam boleh menguatkan tulang dan otot. Namun demikian, bincang dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan bagi mereka yang mengalami osteoporosis.

 
Berhenti merokok dan minum alkohol secara bersederhana

Merokok boleh menyebabkan kepadatan tulang berkurangan. Perokok yang mengalami osteoporosis akan cenderung menjadi semakin teruk. Merokok juga mengurangkan tahap estrogen di kalangan wanita dan mempercepatkan menopaus. Alkohol hendaklah diambil secara bersederhana.

 
Ubatan

Contohnya Anti-resortive drug yang berupaya untuk meningkatkan kepadatan tulang. Ubatan yang dapat meningkatkan tahap estrogen di kalangan wanita dan lain-lain. Pastikan ubatan yang diambil adalah dipreskripsi oleh doktor.

 
Hip Protector Garment

Pakaian dalam yang dapat mengelakkan tulang pinggul patah apabila pesakit yang mengalami osteoporosis terjatuh dan sebagainya.

 
Makan makanan berkalsium tinggi

Contohnya susu berkalsium tinggi, keju, yogurt, sayuran seperti brokoli, kale dan lain-lain.

 
Pengambilan Suplemen Kalsium

Kalsium adalah penting untuk tulang yang kuat dan sihat. Pengambilan kalsium yang mencukupi perlulah bermula daripada muda untuk membina asas tulang yang kuat. Jumlah kalsium yang disyorkan untuk orang dewasa dan remaja perempuan adalah 1,000-1,300 mg setiap hari. Ibu mengandung juga memerlukan kalsium yang mencukupi.

 

Jadual Jumlah Pengambilan Kalsium yang Disarankan

 

Pengambilan suplemen Vitamin D

Untuk penyerapan kalsium yang lebih efektif dan menjaga kesihatan tulang, badan juga memerlukan Vitamin D. Vitamin D membolehkan penyerapan kalsium daripada usus, meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan keretakan tulang bagi wanita yang mengalami menopaus, mengelakkan osteomalacia yang boleh melemahkan tulang. Pengambilan vitamin D yang disyorkan adalah 600 IU bagi setiap hari untuk kanak-kanak berumur 1 tahun sehingga dewasa 70 tahun. Bayi bawah 1 tahun memerlukan 400 IU, sementara orang dewasa 71 dan lebih tua memerlukan 800 IU.

 

Sumber vitamin D termasuk cahaya matahari, lemak ikan seperti salmon atau ikan kembung, hati lembu, kuning telur, susu atau jus oren diperkaya dengan vitamin D dan lain-lain.

Kebaikan Ostematrix Shaklee, Pembekal Kalsium Anda

 

Sumber:  MedicineNet.com

You may also like...

1 Response

  1. April 1, 2017

    […] Simptom dan Pencegahan Tulang Rapuh dan Osteoporosis 5. Masalah menstruasi pada wanita […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *