Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang yang Tidak Boleh Diabaikan

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang yang Tidak Boleh Diabaikan. Buah pinggang adalah dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman tangan. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang manusia pada paras pinggang di bahagian belakang badan. Fungsi buah pinggang adalah menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.

 

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang yang Tidak Boleh Diabaikan

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang yang Tidak Boleh Diabaikan

 

Buah pinggang melaksanakan fungsi yang berikut:

  • mengeluarkan bahan buangan dari badan
  • mengeluarkan dadah dari badan
  • mengimbangi cecair badan
  • hormon pembebasan yang mengawal tekanan darah
  • menghasilkan vitamin D yang menggalakkan tulang yang kuat dan sihat
  • mengawal pengeluaran sel-sel darah merah

 

Kegagalan buah pinggang untuk menjalankan penapisan darah secara sempurna boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal.
Kerosakan buah pinggang biasanya adalah penyakit yang bersifat kronik, pesakit tidak tahu bahawa mereka mendapat penyakit ini sehinggalah ia menjadi tenat. Ini adalah kerana mereka masih boleh menjalankan rutin harian tanpa ada apa-apa masalah dan kesakitan.

 

Bacaan Creatinine Turun dalam Tempoh Masa 2 Minggu dengan Shaklee Vivix

 
Oleh itu adalah penting untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan sebarang penyakit pada peringkat awal. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga yang menghidapi penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi, kerana diabetes dan tekanan darah tinggi antara punca utama kerosakan buah pinggang.

 

Pemeriksaan Buah Pinggang (Sumber gambar daripada Google)

Pemeriksaan Buah Pinggang (Sumber gambar daripada Google)

 

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang yang Tidak Boleh Diabaikan

  • Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil
  • Darah keluar bersama-sama air kencing
  • Perubahan pada kekerapan membuang air kecil
  • Sakit belakang
  • Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam
  • Bengkak pada pergelangan kaki
  • Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi
  • Air kencing berbuih
  • Rasa tidak sihat, letih dan pucat

 

Apabila mengalami tanda-tanda awal seperti di atas, jumpalah doktor untuk membuat ujian darah dan air kencing.

 

Apakah berlaku jika buah pinggang gagal berfungsi? Apabila buah pinggang anda secara beransur-ansur kehilangan fungsinya, perkara berikut akan berlaku:

  • Buah pinggang tidak menapis darah anda dengan baik
  • Buah pinggang tidak mengeluarkan lebihan cecair dengan baik (inilah penyebab kaki bengkak)
  • Ia boleh memberi kesan kepada tekanan darah anda
  • Ia boleh menyebabkan anemia dan penyakit tulang

 

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat daripada gaya hidup dan tabiat pemakanan yang tidak sihat di mana menjurus kepada penyakit diabetes serta tekanan darah tinggi.

 

 

Kegagalan buah pinggang bleh dicegah dengan amalan seperti di bawah:

  • Pemakanan seimbang
  • Minum sekurang-kurangnya tiga liter air sehari
  • Berhenti merokok
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan
  • Kekalkan berat badan seimbang
  • Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit

 

Sumber:  How Your Kidneys Work

You may also like...

4 Responses

  1. Joanne Cheah says:

    really important to take care of our body. Two pieces of “kacang” really important, once fail to function, it’s affect our whole body health.

  2. Thank you for sharing this great information, learn much more about our kidneys health 🙂 cheers, SiennyLovesDrawing

  3. Thanks for the information, early detection is better and there are still chances for recovery. Will share it out.

  1. April 5, 2017

    […] Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang yang Tidak Boleh Diabaikan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *