Tips dan Langkah dalam Penjagaan Mata yang Sihat

Mata adalah bahagian penting dalam kesihatan kita, walaupun tidak semua penyakit mata boleh dielakkan, namun terdapat langkah-langkah mudah yang dapat membantu mata kita kekal sihat dan seterusnya mengurangkan risiko kehilangan penglihatan. Ikuti tips dan langkah dalam penjagaan mata yang sihat di bawah.

 

Tips dan Langkah dalam Penjagaan Mata yang Sihat

Tips dan Langkah dalam Penjagaan Mata yang Sihat

 

Tips dan Langkah dalam Penjagaan Mata yang Sihat

1.  Pemeriksaan mata secara komprehensif

Kadang-kadang, walaupun kita rasa mata kita adalah sihat, tapi ada baiknya kita menjalankan pemeriksaan mata secara komprehensif untuk memastikannya. Tambahan pula, sesetengah penyakit mata seperti glaukoma, diabetic eye dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia tiada sebarang tanda-tanda awal. Oleh itu, pemeriksaan mata secara komprehensif dapat mengesan penyakit ini pada peringkat awal.

 
2.   Ketahui sejarah kesihatan mata keluarga anda

Adalah penting untuk ketahui sama ada terdapat sejarah penyakit mata di kalangan ahli keluarga kita, ini dapat menentukan sama ada kita mempunyai risiko untuk mendapat penyakit mata tersebut dan boleh mendapatkan diagnosis awal.

 
3.   Memakai Cermin Mata Gelap

Memakai cermin mata gelap bukan sahaja membuat kita nampak bergaya, tetapi yang penting adalah melindungi mata daripada sinaran ultraviolet matahari. Pastikan membeli cermin mata gelap yang dapat menyekat 99% sehingga 100% sinaran UV-A dan UV-B.

 
4.   Mengekalkan berat badan yang sihat

Kegemukan ataupun obesiti meninggikan risiko untuk mendapat penyakit seperti diabetes dan lain-lain, di mana penyakit tersebut boleh mengganggu penglihatan seperti penyakit diabetic eye, glaukoma dan lain-lain.

Tips turunkan berat badan secara sihat dan selamat.

 
5.   Memakai alat perlindungan mata

Sentiasa memakai alat perlindungan mata yang bersesuaian apabila bersukan dan melakukan kerja-kerja seperti memahat, bertukang dan lain-lain. Amalkan budaya kerja selamat dan sihat semasa bekerja.

 
6.   Berhenti merokok ataupun jangan mula merokok

Merokok boleh meninggikan risiko buta akibat penyakit katarak, penyakit degenerasi makula (age related macula degeneration atau ARMD), saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina (central retinal artery occlusion) dan saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina (central retinal vein occlusion).

Merokok menyebabkan buta

 
7.   Rehatkan mata

Sekiranya anda meluangkan masa yang panjang di depan komputer, ataupun kerja-kerja yang memerlukan tumpuan yang lama, bolehlah mencuba senaman mata 20-20-20, iaitu setiap 20 minit, melihat ke tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya 20 kaki selama 20 saat. Ini dapat membantu dalam mengurangkan keletihan mata.

 
8.   Bersihkan tangan dan kanta sentuh anda

Sekiranya anda memakai kanta sentuh, pastikan kebersihan dijaga untuk mengelakkan jangkitan bakteria.

14 Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemakai kanta sentuh

 
8.   Makan makanan sihat dan seimbang

Makan makanan yang baik untuk mata seperti lobak merah, sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kale. Ikan yang mengandungi omega 3 seperti salmon, tuna dan lain-lain. Juga boleh mengambil suplemen yang bersesuaian untuk kesihatan mata.

 

Sumber daripada National Eyes Institute (NEI)

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *