Tips Turunkan Berat Badan Secara Sihat dan Selamat

Obesiti ataupun lemak berlebihan di badan merupakan ancaman kepada kesihatan kita, artikel kali ini saya akan kongsikan tips turunkan berat badan secara sihat dan selamat. Dengan menulis artikel ini tidak bermaksud saya ni kurus ataupun telah berjaya kurus, artikel ini adalah sebagai peringatan dan motivasi untuk saya dan pembaca sekalian untuk mencapai berat badan yang ideal demi kesihatan.

Apakah kesan-kesan obesiti?

Punca obesiti adalah disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat dan pengambilan makanan yang terlalu manis, berlemak dan lain-lain di samping malas untuk bersukan. Mereka yang mengalami obesiti adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit seperti sakit jantung, strok, darah tinggi, diabetes, sukar untuk mengandung, sukar untuk bernafas, sakit tulang, kanser dan sebagainya berbanding dengan mereka yang tidak mengalami masalah obesiti. Selain itu, obesiti juga menyebabkan masalah psikologi iaitu tiada keyakinan diri, kemurungan dan lain-lain.

 

Sumber daripada Google

Tips untuk turunkan berat badan secara sihat dan selamat

 

Berikut adalah beberapa tips untuk menurunkan badan secara sihat.

 

1.    Tetapkan matlamat dan cabar diri sendiri

Bila dah tetapkan matlamat seperti turun 20KG dalam masa 6 bulan, tambahkan cabaran kepada diri sendiri contohnya daftar larian 10K. Bila dah daftar secara automatik kita akan lebih bersemangat untuk berlatih sebelum tarikh larian. (Persediaan untuk larian 10K saya yang pertama)

Selain itu, kita juga boleh menetapkan matlamat seperti mendaki setiap bukit yang ada di negeri masing-masing ataupun berlari sebanyak 50KM setiap bulan. Ajak kawan-kawan untuk bersama-sama menjalankan aktiviti agar boleh saling memberikan motivasi kepada sesama sendiri. Ataupun, juga boleh daftar keahlian gym ataupun kelas zumba, yoga, martial art dan sebagainya. Bila dah melibatkan duit yuran, secara automatik kita akan lebih bermotivasi untuk hadir ke kelas untuk elakkan pembaziran.

Sumber daripada Google

 

2.    Jangan berlapar

Makanan memberikan tenaga kepada badan kita, bila kita berlapar badan akan membakar otot kita untuk menggantikan makanan dan menyebabkan kadar metabolisma badan menjadi rendah dan berpotensi untuk makan lebih banyak kerana telah berlapar.

3.     Kurangkan gula dan garam, jaga pemakanan dan minum air secukupnya

Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan garam yang tinggi dan juga makanan yang diproses. Banyakkan memakan buah dan sayuran. Kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi. Air juga penting untuk meningkatkan kadar metabolisma, menyingkirkan sodium yang berlebihan dan juga mengurangkan rasa ingin makan bila bukan waktunya.

Sumber daripada Google

 

4.    Tidur secukupnya

Kajian mendapati apabila kita kurang tidur, tahap metabolisma badan kita akan menjadi rendah. Sebaik-baiknya cukupkan tidur selama 7 jam setiap hari. Selain itu, tidur lewat juga akan menyebabkan kita lapar dan ingin mencari makanan di tengah malam.

Sumber daripada Google

 

5.    Rekod apa yang dimakan

Bila kita merekod apa yang dimakan, kita akan menjadi lebih bertanggungjawab dengan apa yang kita masukkan ke dalam mulut. Contohnya, tengahari dah makan berat, malam bolehlah makan makanan yang mudah dihadam dan lain-lain.

6.    Bersenam/ bersukan

Pastikan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit 3-4 kali dalam seminggu. Pilih menaiki dan menuruni tangga daripada menggunakan lif ataupun eskalator.

Sumber daripada Google

 

7.    Mengambil makanan tambahan (supplement)

Pengambilan supplement secara konsisten juga membantu dalam mengurangkan berat badan secara sihat. Tetapi pastikan supplement yang dipilih adalah benar-benar selamat, yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan juga mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Cadangan untuk Supplement Shaklee

 

1.    Omega Guard dan Lecithin (Bakar)

Omega Guard bertindak sebagai pembakar lemak manakala Lecithin menguraikan lemak ke molekul-molekul kecil untuk senang disingkirkan daripada badan. Selain daripada itu, kedua-duanya membantu dalam menurunkan kolesterol jahat. Omega Guard juga membantu dalam mencegah penyakit darah tinggi.

2.    Herblax dan Alfalfa Complex (Detox)

Herblax dan Alfalfa membantu dalam melawaskan penghadaman, dan Alfalfa menyingkirkan toksin di dalam badan. Apabila badan bebas toksin, maka adalah lebih senang untuk pembakaran lemak.

3.    Cinch Shake Mix dan ESP Soy Protein Powder

Membantu dalam berasa puas dan kenyang, mengawal rasa lapar dan meningkatkan tenaga. Cinch Shake Mix mengandungi Leucine untuk memelihara otot daripada musnah semasa berat badan turun. ESP baik untuk kesihatan kulit dan menjadikan kulit lebih cantik dan anjal.

Walau bagaimanapun, anda boleh pilih dan padan mana-mana supplement yang bersesuaian dengan keadaan badan anda. Untuk dapatkan info lebih lanjut berkenaan produk-produk di atas, boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma 🙂

 

Claire Chin (ID 1229721)
Whatsapp/call: 017 820 0204
FB Page: @MyShakleeJourney
FB: Claire Chin
Pengedar Shaklee Bintulu (COD), Sarawak, Sabah dan seluruh Malaysia (Pos Laju)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *